Sesekali bila duduk bersendirian teringat kisah bagaimana biz spa saya bermula.. Kira2 sepuluh yg lalu Jawatan terakhir yg saya jawat sebelum saya berniaga ialah Seketari Eksekutif di sebuah syarikat kepunyaan bumiputra.. Jawatan tu memang panas sepanasnya orang2 yg berada dikeliling saya yg mengidamkan sangat jawatan tu,, Maklum la keje ngan company melayu memang mcm tu terlalu banyak politik dan hasad dengki tidak boleh melihat orang lain lebih drpd diri sendiri.. Yang peliknya yg kononnya berpenampilan spt org2 alim pun sama dua kali lima kaki bodek bos,, depan bos semua ok tapi belakang bos mengata bagai nak rak spt takde kesudahannya. Setiap hari bangun pagi terasa sangat membosankan kerana nk memikirkan berjumpa dengan mahluk2 tadi.. Semuanya talam dua muka didepan cakap lain dibelakang cakap lain.. Akhirnya saya telah memilih untuk berniaga sendiri seperti yg saya idam2kan sebelum ini. Semoga perniagaan saya ini berberkat dan berkekalan untuk jangka waktu yg panjang,.. Oke selepas ini klw ada kelapangan saya akan bercite lagi tentang bagaimana biz saya bertapak dr mula hingga sekarang. Memang banyak pengalaman pahit dan manis yg telah saya lalui dan harungi.. Semoga ianya menjadikan saya lebih tabah dan berani mengharungi dunia perniagaan yg penuh dengan onak dan duri ~ Hanya mereka yg berani dan berjiwa kental sahaja boleh menceburi dunia perniagaan. Sekali kita jatuh kita mesti bangun balik untuk memulakan tapak perniagaan yg baru.bak kata pepatah kanak2 yg baru belajar berjalan memang buat kali pertam mesti jatuh lepas tu dia akan bangun balik sehingga seterusnya dia betul2 boleh berdiri & berlari dengan laju.. Semoga biz saya berkekalan hingga ke anak cucu saya...
wow! Great!!
ReplyDeleteMoga Kejayaan Sentiasa Menjadi Milikmu....Amin!
ReplyDelete