Ssekali cuci mata bejalan2 dan begosip2 mcm ni seronok juga ,,seolah2 dunia kita yg punya ha.ha . Tapi bgi saya ianya adalah satu terapi minda untuk kaum wanita. Setiap hari asyik sibuk bekerja sesekali elok juga berjumpa rakan unutk menghiburkan hati ~ terasa seperti zaman muda2 dahulu ~ betul tak Siti Balqis.. Sebenarnya mereka bertiga ini adalh rakan sekolah adik saya Siti Norain, yg berbaju hitam bertudng putih, yg baju merah tu Catriaona (eh silap Siti Balqis), manakala yg bercermin mata tu Farah. Sambil menikmati minuman sempat juga berposing kelas gitu.. Kalau ada ssiapa yg berminat nak berkenalan dgn mereka ni blh la menghubungi saya kerana ketiga2 mereka masih single ha.ha (jgn marah bapak2nya ye, masa tu je single)
No.25A, Jalan Bandar Rawang 8, Bandar Rawang 48000 Selangor No H/p : 018-2993970 No Tel : 03-60937954
Wednesday, July 27, 2011
BULAN RAMADHAN BULAN PENUH RAHMAT
Apabila bulan Ramadhan hampir tiba terasa tidak sabar nak menunggu ketibaannya. Bulan yang penuh keberkatan ini memberi seribu Nikmat dan Rahmat & Keberkatan tidak terhingga kepada kita semua umat islam di seluruh dunia. Semoga apa jua yg kita lakukan di bulan yg mulia ini akan membawa kita lebih bertaqwa dan menginsafi diri utk lebih kenal ALLAH yg AZIM. Namun bagi kami sekeluarga bulan ini sangat menyentuh hati kerana Ramadhan kali ini ibu yg kami kasihi telah tiada lagi . Terlalu banyak kenangan pahit manis bersamanya yg tidak mungkin dpt kami lupakan hingga akhir hayat kami. Tambah lagi ayah juga telah tiada .. begitu juga abang kami .. Ya Allah masukkan mereka semua bersama para Anbia & Aulia AMIN... Bersama2lah kita mencari Keredhaan ALLAH Subhanataala.
Wednesday, July 6, 2011
Hari ni spa saya penuh dengan mereka yg dtg buat rawatan Resdong Kronik& Kritikal. Malahan ada drpd mereka yg tak penah langsung buat rawatan ~ tau tau je resdong dah merebak hingga ke telinga dan wajah menjadi gelap dan kusam ditambah dengan jerawat yg sangat banyak, mata agak sembap dan muka penuh dgn white & blackhead.. Rawatan yg di tahap ini memakan masa hampir 2 jam. Banyak drpd mereka tdk menyedari tentang kehadiran resdong,, apabila sudah membuak2 keluar di wajah spt terasa gatal2 dan merayap2 di muka barulah mereka sedar bahawa resdong mereka sudah di tahap yg kritikal. Sebenarnya kes2 yg kronik atau kritikal seperti ini pelanggan dinasihatkan agar datang buat rawatan sebnyak 3 kali dlm tempoh sebulan dan juga dimestikan berpantang memakan makanan yg mendatangkan alergyc atau gatal2 spt seafood, tempat yg berhabuk.. Digalakkan membanyakkan meminum air kosong atau mineral sebanyk2 yg boleh, juga mengamalkan banyak makan sayur2an , buahan dan juga madu.. Biasasnya mereka yg mengikut nasihat akan mendapat hasil yg cepat di mana resdong akan berkurangan dan semua masalah2 yg disebabkan resdong akan berkurangan dan hilang sikit demi sikit..
Batang resdong paruna yg telah digunakan untuk buat rawatan resdong
Dari Seketari Eksekutif bertukar ke Biz Spa
Sesekali bila duduk bersendirian teringat kisah bagaimana biz spa saya bermula.. Kira2 sepuluh yg lalu Jawatan terakhir yg saya jawat sebelum saya berniaga ialah Seketari Eksekutif di sebuah syarikat kepunyaan bumiputra.. Jawatan tu memang panas sepanasnya orang2 yg berada dikeliling saya yg mengidamkan sangat jawatan tu,, Maklum la keje ngan company melayu memang mcm tu terlalu banyak politik dan hasad dengki tidak boleh melihat orang lain lebih drpd diri sendiri.. Yang peliknya yg kononnya berpenampilan spt org2 alim pun sama dua kali lima kaki bodek bos,, depan bos semua ok tapi belakang bos mengata bagai nak rak spt takde kesudahannya. Setiap hari bangun pagi terasa sangat membosankan kerana nk memikirkan berjumpa dengan mahluk2 tadi.. Semuanya talam dua muka didepan cakap lain dibelakang cakap lain.. Akhirnya saya telah memilih untuk berniaga sendiri seperti yg saya idam2kan sebelum ini. Semoga perniagaan saya ini berberkat dan berkekalan untuk jangka waktu yg panjang,.. Oke selepas ini klw ada kelapangan saya akan bercite lagi tentang bagaimana biz saya bertapak dr mula hingga sekarang. Memang banyak pengalaman pahit dan manis yg telah saya lalui dan harungi.. Semoga ianya menjadikan saya lebih tabah dan berani mengharungi dunia perniagaan yg penuh dengan onak dan duri ~ Hanya mereka yg berani dan berjiwa kental sahaja boleh menceburi dunia perniagaan. Sekali kita jatuh kita mesti bangun balik untuk memulakan tapak perniagaan yg baru.bak kata pepatah kanak2 yg baru belajar berjalan memang buat kali pertam mesti jatuh lepas tu dia akan bangun balik sehingga seterusnya dia betul2 boleh berdiri & berlari dengan laju.. Semoga biz saya berkekalan hingga ke anak cucu saya...
Monday, July 4, 2011
Special Pakej Rawatan Paruna Resdong
Tawaran Sah ~ JULAI HINGGA 0GOS 2011
PAKEJ JASMIN PAKEJ MAWAR
Rawatan Resdong Kronik Rawatan Resdong Kronik
Massage Pupur Facial Treatment Serum Gold
Facial Stress Releiver
N/p RM280.00 N/p RM250.00
NOW RM169.00 NOW RM139.00
PAKEJ MELUR PAKEJ DAHLIA
Rawatan Resdong Kronik Rawatan Resdong Kronik
Body Scrub Salt Body Scrub Salt
Pupur Massage Pupur Massage
Facial Treatment Serum Gold
N/p RM290.00 N/p RM390.00
NOW RM156.00 NOW RM206.00
PAKEJ HARUM MALAM PAKEJ CEMPAKA
Rawatan Resdong Kronik Rawatan Resdong Kronik
Body Scrub Salt Rawatan Payu Dara
Rawatan Payu Dara Facial Treatment Serum Gold
Rawatan Payu Dara Facial Treatment Serum Gold
Facial Stress Releiver
Pupur Massage
N/p RM385.00 N/p RM290.00
NOW RM216.00 NOW RM166.00
PAKEJ KEMBOJA PAKEJ IYLANG-IYLANG
Rawatan Resdong Kronik Rawatan Resdong Kronik
Pupur Massage Facial Stress Releiver
N/p RM225.00 N'p RM205.00
NOW RM136.00 NOW RM126.00
{Harga Biasa Rawatan Resdong Kronik RM150.00}
Tompok2 kuning yang gebu itu adalah Hama Resdung yg disedut keluar dr Kulit Wajah pelanggan ini (Rawatan Resdong Kronik)
Thursday, June 30, 2011
Dua Lelaki Dalam Hidup Saya
Dua lelaki penting dalam hidup saya ~ yang bermisai tebal inilah suami saya dan sebelahnya itu adalah anak tunggal lelaki saya Hafiz .. Sewaktu saya memulakan biz spa ni anak saya Hafiz baru berumur 8 tahun dan beliau sangat montel waktu itu namun tanpa disedari dah 10 tahun masa berlalu &anak saya Hafiz dah pun mencecah 18 tahun.. Mid Julai ini dia akan melangkah masuk ke universiti KL mengambil jurusan Automotif.. Masih ingat di awal perkawinan saya , saya memang teringinkan anak sulung lelaki malahan setiap hari saya bayangkan anak saya yg akan lahir adalah lelaki.. kerana imiginasi & keinginan yg kuat akhirnya Allah kurniakan juga anak lelaki kpd saya.. Amin..T.Kasih ALLAH. Ramai kwn2 tanya knp nak anak lelaki sbb kbnyakan orang nak anak sulung perempuan..Mungkin setiap orang berbeda pandangan dan pendapat,, pada saya pula saya memang nak anak lelaki sbb boleh mengimamkan saya dan boleh menjaga dan membimbing adik2nya .yang lbh penting ia membantu saya di akhirat nanti dengan menjadi anak yg Soleh.. Malahan apa yg saya fikir itu yg saya dapat,. Ciri2 atau perwatakannya seolah2 sama spt yg selalu saya inginkan sebelum kelahirannya. Alahmdullilah sewaktu usianya 5 tahun dia dah boleh membaca surah Yasin..darjah 3 dah 2 kali qatam Quran.. W/pun usianya muda tapi dia dah pandai berjinak2 dengan biz, dlm menghabiskan waktu cuti sekolah menunggu SPM dia buat BIZ JUAL JAM di dalam internet. Pelbagai jenis dan warna yg menarik ada dijualnya..he.he Tlg promote tu..
Wednesday, June 29, 2011
MIRACLE MASKER RESDONG PARUNA (Sinus)
Inilah Miracle Masker Resdong Paruna
Miracle masker ini diperbuat dari bahan semulajadi tanpa ada sebarang bahan kimia (selamat untuk diguna) kulit kayu manis dan pelbagai ramuan herba terpilih. Ianya sangat berkesan untuk merawat dan mencegah daripada naiknya jerawat atau bintik2 hitam di wajah.. Selain dari itu ianya juga membantu menjadikan kulit lebih halus,cerah dan anjal.Ia juga mmabantu mengurangakan jeragat .
Monday, June 13, 2011
Pathamawat & The Gang
012-3483175
Semalam Pn. Wati datang lagi ke Spa saya bersama rakan2 Hi Goat nya untuk membuat rawatan Resdong Paruna Aromathhrerapy.. Sangat meriah !! al maklumlah mereka ni group kaki biz memang tak kering mendengar celoteh dan kisah biz mereka. he.he..saya apun terhibur hilang rasa penat ..Kedua2 rakan beliau mebuat rawatan RESDONG PARUNA KRONIK. Selesai buat rawatan kedua2 rakannya menyatakan puas hati kerana muka nampak lebih bersih dan bersinar , muka terasa ringan dan tiada lgi rasa gatal2 dan benda2 yg merayap di muka dah tiada. Kata2 itulah yg sering saya dengar dr pelanggan selepas selesai membuat rawatan Resdong Paruna..Inilah Add Value yang saya berikan kepada mereka.. Alhamdullillah.. Biasanya kalau yg buat rawatan resdong itu kronik selalunyanya saya akan meminta agar pelanggan dtg lagi utk membuat rwtn resdong yg kronik dlm tempoh 10 hari selepas buat rawatan itu,, Ini utk memastikan ianya pulih sampai ke tahap yg optima...
Monday, June 6, 2011
SEMINAR WORKSHOP Dr. Azizan {BERBALOI} RM30.00
Hari ini saya tidak hadir ke Spa kerana saya dan rakan2 telah menghadiri Re-union IMKK di Wisma MCA..Refresh dr Dr Azizan. Dengan apa yg telah kami pelajari dr seminar2nya yg lalu & saya rasa sangat2 berbaloi kerana ia telah memberi efek dan transformasi dlm diri kami . Seperti apa yg Dr Azizan katakan apa jua yg kita lakukan mesti ada ADD VALUE pada orang .. Ya! Dr telah memberi Add Value kpd kami semua.. Seminar yg beliau lancarkan selama 3 tahun telah membuka Minda & Peluang kepada kita terutamanya org2 Melayu yg beragama Islam bahawa kita juga mampu Menjadi org Kaya yg Berjaya, Sihat dan Beberkat.. Untuk kita berjaya dlm hidup mesti ada 10 Prinsip (Kaya) 1> LAW OF THINGKING 2> LAW OF SUPPLY 3> LAW OF ATTRACTION 4> LAW OF THE RECEIVING 5> LAW OF ALLINGMENT 6> LAW OF COMPENSATION 7> LAW OF NON RESISTANCE 8> LAW OF FORGIVENESS 9> LAW OF SACRIFICE 10. LAW OF SUCCESS.. Sekarang itulah yg telah saya lakukan iaitu Service yg saya berikan kpd semua pelanggan saya ada Add Value..Itulah harga
Sebenar Kepuasan & Kejayaan kpd saya...Kepada anda semua yg berminat untuk menyertai program seminar workshopnya akan datang akan diadakn lagi pada 2hb Julai dengan hanya tiket berharga RM30.00 ..Bertindak dengan betul pasti kita berjaya ..Insyallah Amiin.
Sebenar Kepuasan & Kejayaan kpd saya...Kepada anda semua yg berminat untuk menyertai program seminar workshopnya akan datang akan diadakn lagi pada 2hb Julai dengan hanya tiket berharga RM30.00 ..Bertindak dengan betul pasti kita berjaya ..Insyallah Amiin.
RAMBUT GUGUR & KELEMUMUR ~ Ada Penawarnya..
Sepanjang saya menceburi bidang kesihatan dan kecantikan ini apa yang sering saya temui hampir 60% drpd yg dtg ke spa saya mengalami masalah RAMBUT GUGUR & KELEMUMUR yang agak teruk terutamanya kaum wanita yang bertudung,, tahukah kita apakah punca utama timbulnya gejala2 ini.. Daripada kajian yg dilakukan oleh para Dr, ianya adalah berpunca dari masalah HORMON yang tidak stabil kerana perjalanan darah yg tidak lancar, sistem perpeluhan yg terlalu aktif di bhgian kepala serta ditambah dengan tekanan atau bebanan yang kita hadapi setiap hari akan menambah teruk lagi keguguran rambut dan kelemumur ..Dan biasanya mereka yang mengalami masalah seperti ini 90% daripadanya berhubung kait dgn mereka yg mengalami masalah RESDONG TAHAP KRONIK... Drpd apa yang telah saya rawat dengan RWATAN RESDONG PARUNA KRONIK masalah2 tersebut akan berkurangan dan akan hilang selepas 2 hingga 3 kali rawatan.. Disamping rawatan resdong ,, kami juga menyediakan pakej Rawatan Rambut Gugur , dengan cara steam rambut dengan ubat treatment, massage kepala dengan Hair Tonic. Disertai dengan menggunakan hair tonic setiap 2 kali sehari dgn massage ringan,, Insyallah biasanya dlm masa 3 minggu hingga sebulan anak2 rambut akan mula tumbuh dan kelemumur akan berkurangan dan hilang... Seandainya ada diantara anda ada yang mengalami masalah seperti diatas boleh mencuba rawatan yang kami tawarkan.. Insyallah dah cuba pasti anda akan berpuashati.
Wednesday, May 18, 2011
Sakit2 Badan serta Lenguh & Masalah Angin ~ Boleh Dirawati
Pakej Hari Ibu masih berjalan lancar setiap hari pasti ada custmer yg amek pakej ini ~ purchase RM100 keatas dapat FREE Facial Aura Seri bernilai RM50.00 dan tempohnya akan berakhir pd 31hb Mei 2011. Empat hari yg lalu saya dikunjungi oleh pelanggan baru.. Menurutnya dia tau spa saya kerana sering makan di Mamak Store yg berhampiran dgn premis spa saya..Beliau seorang Lecturer di UIA dan juga merangkum Peguam Syariah..Sebenarnya dah lama dia nak datang ke Spa saya tapi terlalu sibuk dengan tugas , so asyik tertunda shj katanya.. Namun hari tu dia terpaksa juga hadirkan diri ke Spa saya kerana badannya dah tahan lagi menahan sakit2 badan .. Masalah yang dihadapinya tu sebenarnya sama dgn masalah2 yg dialami oleh ramai pelanggan saya yg lain...iaitu sakit2 badan , terasa macam menyucuk2 serta lenguh2. Biasanya mereka yg mengalami masalah sperti ini saya akan nasihatkan dia buat rawatan Body Scrub Garam , Pupur Massage Aromatherapy @ Aura Seri dan Bertungku Batu Panas satu badan. Body Scrub Garam Bukit selain dari menghaluskan kulit, membuang sel2 mati dan toksin dari dalam badan serta membekalkan mineral kpd kulit, ianya juga berfungsi sebagai anti cancer kulit. Selain dari itu ianya juga sangat bagus untuk menghilangkang bisa2 badan dan mampu mengeluarkankan energy yg tdak baik dlm tubuh kita,, Spa saya ada pelbagai jenis Scrub Garam Bukit sepert garam bukit & ginger > khas untuk buang angin, Scrub garam lavender untuk relaxing & anti stress , garam bukit serai wangi khas untuk menghilangkan kulit2 yg bermasalah seperti bekas2 jerawat, parut2 kudis dll. Seperti kes customer saya tadi sememangnya beliau mengalami masalah angin tersumbat dan semua urat2 nya menjadi tegang dan agak keras, sepanjang rawtan scrub dilakukan angin yg tersumbat berterusan keluar melalui sendawa dari hujung kaki hingga ke badan., Biasanya selesai shj rawatan scrub, saya akan minta pelanggan jirus badan selepas tu baru kita Massage pulak menggunakan minyak aromatherapy bersama Aura Seri..Massage ini sangat bagus untuk menghilangkan stress,, mencari urat 2yang bersmpuh, mengurangkan lenguh2 badan. Akhir sekali pelanggan akan menikmati rawatan yg terakhir iaitu kita Tuam Batu Panas keseluruh badan untuk melancarkan perjalanan darah dan angin yang banyak dlm badan..Air madu akan dihidangkan setiap kali berakhirnya rawatan agar pelanggan merasai kesegaran badan . Alhamdullah apabila semua rawatan di atas selesai dengan senyum beliau buat temujanji akan datang lagi buat pakej yg sama dua hari kemudian dan seterusnya utk pakej kali ketiga selang hari yg berikutnya. Sememangnya saya advise semua pelanggan yg mengalami masalah seperti ini digalakkan datang tiga kali untuk penyembuhan yang optima..Saya juga syorkan beliau mengamalkan makan madu iran dan jamu anggun bistari untuk kesihatan badan agar sentiasa sihat , cergas dan awet muda... kerana rawatan beliau RM100 lebih maka dia layak dapat Free RAWATAN FACIAL AURA SERI.
Saturday, May 14, 2011
PAKEJ HARI IBU MENDAPAT SAMBUTAN.....TQ
PROMOSI " HARI IBU" yang sedang saya tawarkan selama sebulan ni mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari semua pelanggan ,dimana mereka yang purchase RAWATAN RM100 keatas akan mendapat FREE Facial Aura Seri bernilai RM50.00. Kebanyakan drpd mereka mengambil Pakej ~ Massage Pupur Aromatherapy, Sauna Aromatherapy & Body Scrub Forest Scrub Bjumlah RM100.00 dpt Free FACIAL AURA SERI., Namun ada seorang lawyer berbangsa India mengambil Pakej Rawatan Resdong Kronik bernilai RM105.00 juga layak dpt Free facial Aura Seri. Dia juga adalah salah seorang pelanggan tetap sya sejak 7 tahun lalu,,tq semua . FACIAL AURA SERI ini adalah salah satu rawatan yg sangat popular di spa saya, so apabila dpt free sudah tentu ramai yg nak he.he.. Facial ini digemari oleh ramai pelanggan saya kerana ada extra massage shoulder dari bahu hingga ke kepala dengan menggunakan minyak aromaterapy dicampur dengan minyak Aura Seri.(yang dipanggil massage stress releiver)..Massage ini boleh mengurangkan tekanan atau stress yg kita hadapi, melancarkan perjalan darah dikepala, disamping memberikan kelegaan dan kecerian kpd pelanggan.. Anda semua dipelawa mencubanya ,, dah cuba pasti akan dtg lagi....
.
Wednesday, May 11, 2011
BAHANA RESDONG
Salam semua dah hampir seminggu saya tak sempat nak bergosip2 ha.ha, Apa Yang menariknya ingin saya perkatakan.dalam minggu ni bahawa majoriti yang dtg ke Spa saya terdiri 90% dtg buat rawatan resdong paruna. Biasanya yg datang adalah dah regular tapi dlm seminggu ni kebanyakannya adalah orang baru yang telah diperkenalkan oleh mereka yg dah biasa dtg ke spa saya dan telah menikmati keberkesanannya.. Memang kepakaran saya dalam bidang rawatan resdong dimana ianya seiring dengan permulaan career saya dlm biz spa ini.. Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar akan Bahana atau Bahayanya RESDONG kepada kehidupan harian kita.. Sedarkah anda sebenarnya resdong berpunca kerana ketidakstbilan sistem imun kita yg rapuh,,yang juga berpunca dari cara amalan pemakanan kita yg tidk seimbang dan yang menyebabkan darah jadi kotor disebabkan kekurangan zat vit c, dan mineral dalam badan.. dan ada juga dari hama habuk persekitaran yang kotor.. Diawal kehadiran resdong dalam tubuh kita memang tidak mendatangkan bahaya seperti kata pepatah melayu SEWAKTU KECHIL MENJADI KAWAN BILA BESAR MENJADI LAWAN. Dari kajian yg telah dilakukan kalau resdong ditahap yg kronik boleh menyebabkan mata kita rabun dan akhirnya buta.. Juga jika masih tdk diberikan rawatan samada dengan cara trdisonal atau doktor, ianya akan menjadi MUSUH DALAM SELIMUT iaitu boleh mengakibatkan KANSER RESDONG.. Nasihat saya amalkanlah pemakan yg seimbang . Untuk sokongan lgi agar masalah resdong dpt dikurangkan atau diatasi, biasanya saya akan syorkan semua pelanggan saya untuk mengamalkan minum madu dari timur tengah kerana ianya kaya dengan vit C dan pelbagai zat vit , minum air mineral dgn kuantiti yang mencukupi,dan amalkan makan suppliment sperti susu Higoat <susu kambing>dan suppliment yg banyak vit C . Jika penghidap resdong itu kronik adalah digalakan melakukan rawatan resdong sebulan sekali untuk mencegah dari merebak..hama yg ujud di muka kita itu sama sperti parasit hidup yg akan memakan rongga2 kita. Biasanya mereka yg resdong teruk apabila melakukan rawatan resdong yg kronik semua masalalah2 atau gangguan2 yg mereka hadapi akan hilang atau berkurangan dlm tempoh 24jam..
Saturday, May 7, 2011
"SELAMAT HARI IBU"
"SELAMAT HARI IBU" kpd semua pelanggan VIP saya..Semoga hari ibu tahun ini memberi seribu kebahagian dan Kecerian terutamnya kpd para ibu semua. Jasa & Pengorbanan mu "Ibu" tiada tandingannya. Semoga Allah Merahmati Semua para IBU walau di mana jua kita berada..Apa yang saya harap semoga kita semua menjadi ibu yang bertanggungjawab membimbing, mengajar dan memberi petunjuk yang betul kpd anak2 kita semua...Biarlah kita menjadi Idola kpd anak2 kita. Anak2 kita adalah harta kita, maka kita jagalah mereka sebaik2nya agar menjadi Generasi Bermaruah dan Berakhlak Mulia ..Amin amin... Sempena Hari Ibu ini Spa saya akan mengadakan pakej istimewa iaitu ssesiapa yang membuat pakej rawatan RM100 keatas akan mendapat free facial dalam tempoh sebulan selepas buat rawatan.bermula dari tarikh 7hb ~ 15hb mei 2011. Rebutlah peluang keemasan ini
Wednesday, May 4, 2011
kehidupan Harian
Kesibukan dengan tugas harian dan ditambah dengan tanggungjawab sebagai surirumah membuatkan ramai drpd kita terabai tentang Kesihatan dan Kecatinkan Diri sendiri terutamanya yang sudah mendirikan rumahtangga..Kebanyakan drpd kita hanya akan tersedar apabila badan atau tubuh dah ditimpa penyakit atau ganguan2 yang tidak yang tidak menyenangkan..Inilah liku2 perjalanan hidup yang kita lalui hari demi hari tanpa kita sedari diri sudah berusia. Inilah juga yang saya lalui setiap hari di awal pagi pastikan anak2 bangun dan bersolat dan bersarapan untuk pergi ke sekolah .. Selesai semua tu bergelut pulak didapor memasak untuk anak2 makan tgh dan malam.. Pukul 8.30 pagi biasanya kerje2 semua dah beres, kemudian persiapkan diri untuk menjalankan tugas di Spa.pulak..Kebiasaanya sebelum bertolak ke Spa saya akan mengerjakan Solat Dhuha agar mendapat dilimpahkan rezeki yg halal serta berkat. then barulah saya beredar dari rumah dan memulakan tugas di SPA seawal 10.40pagi dan akan berlanjutan hingga 7ptg . Di Spa saya inilah saya bertemu pelbagai masalah ragam manusia yang pastinya ada cite gembira, sedih dan duka,, Namun sebagai Terapis dan Beauticean dah menjadi tugas saya untuk membantu mrk menyelsaikan pelbagai masalah mereka spt kulit tdk sekata, masalah gangguan period, sakit2 badan, ada yang datang kerana masalah resdng , ada yg masalah kegemukan, masalah jerawat dan macam2., Tidak dpt nak dinafikan bahawa tugas saya selain untuk berniaga, tugas saya memerlukan keperihatinan dan fokus yang sangat tinggi agar apa jua rawatan atau perkhidmatan yg saya berikan kpd mereka dapat memberikan mendapat manfaat dan kepuasan kpd semua pelanggan saya. PELANGGAN SAYA ADALAH VIP SAYA. Namun seperti diawal cerita saya tadi kebnyakan yg dtg ke spa ialah mereka mengalami ketdak sedapan dan keselesaan pada tubuh badan..Yang Penting adlah Ketulusaan & Keikhlasan kita dalam menjalankan tugas yg telah Allah Amanahkan ~ Maha Suci Allah. Apa yang pasti pengorbanan kaum ibu sangat besar semoga kita semua mendapat Keberkatan & Keredhaan dari ALLAH kerana pengorbanan yang ikhlas akan membawa Kebahagian Hidup di Dunia & di AKHIRAT. Amin.
Tuesday, May 3, 2011
PAKEJ PERKAHWINAN BULAN MADU
Salam kasih sayang semua , sekarang saya nak bercite lagi , kali ini tentang PAKEJ PERKAHWINAN BULAN MADU. W/pun dah ramai yg dtg silih berganti buat rwtn ni , tapi kali ini menarik perhatian saya sbb orangnya sgt ceria dan sweet w/pun baru jumpa kali kedua namun kehadirannya sgt menghiburkan,. Tanpa disedari pakej rawatan yang dibuat sudah habis dipenghujungnya kerana keletahannya bertutur dan berbicara..Diawal kehadirannya dia nampak sangat letih dan stress kerana baru habis keje ,,dah nak hampir hari kawin pun masih keje bnyak dan hari2 tepaksa balik lewat..dan lagi katanya tinggal dua hari nak kawin baru sempat untuk membelai badan di spa...kesiannya dia,.Sambil bergurau saya menjawab takpe penat nnti dah kawin hilang semua kepenatan sbb da dapat abang di sebelah he..he..Biasanya klw pakej bln Madu ni kami mulakan dgn mandi wap aromatherapy selama 15 minit, selepas keluar mandi wap , kita akan scrub pelanggan dengan garam bukit forest secret aromatherapy di seleruh badan dgn cara scrub ala massage utk blood circulation dari hujung kaki hinga ke leher depan belakang, dah selesai scrub biasanya kami akan minta pelnggan siram badan..Pelangan saya ini memilih untuk mandi garam bukit & aura seri krn badannya terasa sakit2.. Naik dari mandi wajah beliau sgt ceria krn katanya badannya terasa sangat segar & nyaman dengan aroma aura yang sangat menenangkan..sesudah itu kita teruskan pula dengan rawatn massage pupur aromatherapy selama sejam yg mana urutan ini akan membuatkan pelanggan telena dengan muzik aromatherapy yg mengasyikkan...Akhir sekali adalah rawtan facial aura seri yang mana ianya akan membuatkan wajah pelanggan nampak bersinar dan berseri2. Selesai je buat pakej perkawianan tu dengan ceria dia memberitahu badannya terasa segar dan sakit2 badannya hilang dan juga badan terasa lbh ringan dan bersemangat..sebelum beliau pulang saya hidangkan beliau dengan segelas air madu iran. Menurutnya dia sgt berpuashati dengan pakej ini malahan katanya harganya yang RM190.00 tu sangat berbaloi dengan apa yang dia dapat.Itulah nilai satu kepuasan bagi saya apabila customer gembira dan puashati dengan service yg saya berikan...Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tasha Semoga Berkekelan Hingga Ke Anak Cucu ..AMIIN.
Friday, April 29, 2011
Pelanggan Setia - JIEHAN
Salah seorang pelangganku yang setia ialah Jihan. Dia sangat rajin membuat rawatan di spa saya, boleh dikatakan setiap bulan beliau pasti akan dtg buat rwtan dengan membuat pelbagai rawatan kegemaran beliau spt facial treatment serum , rawatan resdong paruna, dll. Sebenarnya Jihan telah menjadi pelanggan tetap saya hampir sama dengan waktu biz saya bermula di awal thn 2002. Sewaktu saya mengenalinya dia masih bujang lagi yang mana beliau yg saya kenal adalah sorang yang sgt fokus dengan careernya, keje sambil belajar dengan mengambil degree hinggalah beliau berkawin dan berpindah dari selayang dan skrang telah mempunyai rumah sendiri di Cheras..Namun apa yang saya tahu beliau adalah seorang yang sgt mngambil berat tentang kesihatan dan kecantikan diri. Dikesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi sokongan dan kepercayaan yang tinggi di atas service yang saya berikan kpdnya selama ini..Juga kpd semua pelanggan2 setia saya yang setia bersama saya selama ini, TERIMA KASIH SEMUA PELANGGAN VIP KU..Semoga ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA AMIIN..
Thursday, April 28, 2011
RAKANIAGA RESDONG PARUNA AROMATERAPY (RM700)
Dalam seminggu ni saya sangat sibuk di Spa jadi tak sempat nak berceloteh panjang dlm blog ni. Selain busy dengan membuat pelbagai rawatan pelanggan ada seorang lagi agent baru yang yang menjadi rakanniaga resdong paruna,,Alhamdullillah..Semoga Allah merahmati perniagaan saya ini,, Apa yang saya nampak selama bertahun saya merawat orang2 yang menghidap resdong dengan pelbagai masalah alhamdullah nampak keberkesanannya seperti kalaw kulit yg kusam dan gelap menjadi cerah, masalah pori2 yang terbuka menjadi kechil dan tertutup, black head & white head dah tiada., masalah kelemumur dan banyak lagi kalau saya bercite tentu tak habis..Namun ada satu cite menarik yang ingin saya kongsi bersama iaitu kisah seorang kenalan saya yg juga pelanggan spa saya,, Pada awal saya mengenalinya saya ingat dia berkulit hitam manis,, tapi saya terkejut semasa beliau wat rawtan RESDONG PARUNA KRONIK baru saya sedar bahawa sebenarnya beliau berkulit putih dan cerah.. Wajahnya menjadi gelap dan kusam kerana masalah resdongnya yang sangat TERUK,. setelah melakukan beberapa kali rawatan resdong paruna yang kronik,wajah kulitnya bertukar menjadi putih dan bersih..yang menariknya beliau memberitahu selepas itu ramai kenalan malahan ibunya sendiri bertanya macam mana kulit beliau blh menjadi cerah dan tegang.dan bersinar seperti lepas buat rawatan facial kolagen .Sebelum ini kulit beliau menjadi gelap kerana hama resdong dan kotoran lemak yang banyak berkumpul dibawah lapisan kulit wajah.. Sekarang wajahnya sangat ceria..ok sampai disini dulu saya berceloteh kerana ada seorng pelanggan yang baru habis buat rambut relaxing nak wat massage pupur aroma..hehe
Tuesday, April 19, 2011
RAWATAN2 YANG POPULAR
SPA PARUNA AROMATHERAPY ~ Kalau dua tiga tahun yang lalu spa saya sangat popular dengan rawatan scrub madu lemon(oat) kando dan boroih, tapi sekarang dah berubah rawtan yang popular adalah RAWATAN RESDONG PARUNA yang mana setiap hari spa saya dikunjungi oleh pelanggan dari pelbagai golongan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan resdong paruna & rawatn rambut gugur. Dulu saya adalah supplier untuk madu kando (iran) yang sangat popular sebab tulah ujudnya rawatan body scrub Honey. w/pun saya tak buat rawatan tu lagi tapi saya masih menjual madu2 dari timur tenagah yang berkualiti dan berkhasiat. Sama seperti rawatan resdong paruna,, rawatan rambut gugur juga salah satu rwtan yang popular. Biasanya pelanggan yang datang untuk merawat rambut yang gugur dan msalah kelemumur dalam masa 2 minggu hingga sebulan anak2 rambut akan mula tumbuh , sekaligus kelemumur juga berkurangan sikit demi sedikit..ramai yang berkata sangat berbaloi kerana kosnya hanya RM50 je setiap kali rawatan dan dibekalkan dgn TONIC yang mesti disapu dan masage2 kechil di kepala sebanyak 2 x sehari kita akan dapat merasai perbezaanya yang ketara . Untuk mendaptkan result yang cepat dan berkesan biasanya saya akan syorkan pelanggan2 saya membuat rawatan Resdong Paruna Kronik kerana biasanya mereka yang mengalami gejala rambut gugur dan berkelemumur berpunca drpd masalah resdong.. Ini berdasarkan pengalaman saya hampir sepuloh tahun dalam merawat mereka yang mengalami resdong. ALHAMDULLILAH.. Andai anda mengalami masalah seperti di atas anda boleh menghubungi saya di talian 010-2037954 untuk penerangan lbh lanjut.. Juga kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi BIZ dlm bidang TERAPI RESDONG hanya BERMODALKAN RM700.00 sahaje anda dah boleh memulakannya secara kechil2an...Harga termassuk produk, banner, masker dan latihan..
Friday, April 15, 2011
TESTIMONI PENGHIDAP RESDONG KRONIK
Semalam khamis saya dikunjungi oleh seorang pelanggan baru, katanya dia telah diperkenalkan oleh seorang rakan beliau yang sering mengunjungi spa saya untuk mbuat rwtan rambut gugur . Orangnya sangat menarik dan agak peramah w/pun baru mengenali beliau tapi mcm dah kenal setahun..Sebelum datang beliau telah menghubungi sya untuk memastikan betul ke rwtan resdong paruna saya itu tanpa asap tu, sbb kalau yang ada asap dia kata dia tak tahan.. Pelbagai soalan yang diajukan tentang rwtan resdong paruna tanpa asap, adakah ianya berkesan,, boleh ke masalah2 yang dihidapi nya tu hilang seperti pori2 yang terbuka,,benda2 yang mcm merayap di muka dll. Apa yang pasti bila saya tgk wajah nya saya dah tau bahawa resdong beliau ditahap agak agak serius, so saya syorkan dia untuk membuat rwtan redong yang kronik. selepas selesai rwtan resdong dengan ceria beliau mengatakan wajahnya terasa ringan dan rasa benda yg sentiasa rasa merayap2 di wajahnya telah hilang..kemudian dia mencuba pula urutan kaki krn katanya dia banyak bejalan buat marketing ditambah pulak tgh mengandung jadi tapak kakinya selalu sakit2.jadi saya saya syorkan dia beli Mnyak Hablin Aura untuk tujuan pemulihan krn Minyak Hablin Aura mampu memulihkan pengaliran darah secara berkesan dan cepat melalui sapuan. Habis je urut dia tersengih2 sbb kakinya rasa lega..PAGI tadi dia call dan dgn membertahu bhw pori2 yang sblm ini yang besar telah tertutup..SYUKUR ALHAMDULLILAH
Pakej Badget
Pakej Badget Istimewa
Untuk Semua Pelanggan VIP saya
PAKEJ BADGET ISTIMEWA
Setiap Hari ISNIN ~ JUMAAT
Waktu 11pagi ~ 3petang
- FULL FACIAL <> RM25.00
- SAUNA <> RM12.00
- URUT KAKI <> RM20.00
- URUT BAHU @ KEPALA <> RM20.00
- FACIAL TERAPI RESDONG PARU <> RM25.00
- TERAPI RESDONG KRONIK<>RM80.00 n/p rm150.00
- LULUR BADAN GRAM BKT F.SECRE <> RM30.00
Tuesday, April 12, 2011
Pengalaman Salah Seorang Pelanggan Saya Yang Mengalami Masalah Keputihan Kronik
Ari ni saya nak berkongsi kisah pengalaman yang sangat menarik dari seorang pelanggan saya..,,biasanya dia mengunjungi spa saya untuk buat facial treatment, tapi yang last dia datang seminggu sebelum berkawin dia nak wat facial teratment dengan rawatan resdong kronik sekali .. sambil wat rawatan resdong kami berbual2 dan beliau memberiahu bahawa dia sangat risau kerana tak lama lagi da nak kawin tapi mengalami masalah kegatalan yang kronik dibhagian alat kelaminnya iaitu keluar berketul2 besar bewarna hijau keputihan sangat gatal dan berbau serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.. puas beliau beli pelbagai pencuci feminin, tapi menurutnya cuma dapat mengurangkan sedikit sahaje kegatalan tersebut..akhinrya dia teringat nasihat saya klw ada masalah seperti itu kemungkinan dia mengalami masalah resdong yang kronik..jadi katanya dia bertawakal cuba buat rawatan resdong paruna kronik yang saya sayorkan dulu..Kalau dilihat dari wajahnya yang putih licin tanpa sebiji jerawat pasti orang tidak sangka yang beliau mengalami masalah resdong yang kronik..Berdasarkan pengalaman saya lebih dari sembilan tahun merawat pesakit resdong sebab tu saya dah sangat2 faham dengan simptom2 resdong, dengan melihat wajah seseorng tu aje saya dah tau orang tu ada masalah resdong atau tidak..seminggu selepas beliau berkawin saya menghubungi beliau bertanya khabar, dengan riang dia berkata dia tengah bahagia dengan kehidupan baru bersama suami tercinta, dan apa yang lebih gembira katanya kerana masalah kegatalan dan berbau di alat kelaminnya sudah hilang.alhamdullilah.
Sunday, April 10, 2011
hari ni dari pagi hingga ke petang spa saya tak putus dikunjungi oleh pellanggan, 2 org pelanggan saya wat massage pupur aromatherapy, 3org wat rawtn resdong paruna, seorang wat rawatan rambut gugur dan seorang lagi dtg cuma beli sekaton biocafe. customer sya yg wat rwtan rambut gugur ni memang regular custmer saya da hampir 8 tahun,setiap bulan beliau akan datng ke spa saya membuat pelbagai rwtn sperti facial treatment, rwtn resdong paruna dan rambut,, apa yg menarik ingin saya cite tentang beliau adalah kira2 2 bulan lepas saya ada mengesyorkan jamu paruna anggun kepadanya,kata belaiu setelah mengamalkan hampir2 botol dia merasa sgt gembira krn beliau telah mula merasai khasiatnya,yang mana payu daranya mula menganjal, selera makan berkurangan,,badannya ringan dan bertenaga . sebenarnya itu hanya sbhgian pengalaman mereka yg makan jamu paruna ,,ada bnyak lgi testimoni yang akan saya akan kongsikan di lain kali,..
Thursday, April 7, 2011
Sekarang SPA saya ramai dikumjungi oleh orang2 yang mengalami masalah sinus (resdong) yang kronik.Pbagai masalah yang saya temui akibat bahana resdong.,ada yang mengalami masalah rambut gugur dan berkelemumur,. ada yang mengadu sering sakit2 kepala (migran)..Tapi yang menggembirakan saya apabila customer yang berpuashati dengan rawtan RESDONG PARUNA saya, dua bulan lepas ada seorang customer saya yang mengandung lima bulan mengadu dia tak selesa dengan keputhan yang dialami sehingga terpaksa mengguna panty lliner dan juga mengalami gatal2 dikepala dan berkelemumur. atas nasihat saya, beliau telah membua3 kali rawatan resdong paruna dan sewaktu beliau datang yang kali ketiga baru ni , dia gembira dia memberitahu bahawa dia dah tak pakai panty liner lagi kerana keputhanya dah tiada,, tapi apa yang menggembirakannya gatal2 kelemumurnya pun dah hampir pulih 80%..alhamdullillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)