Pakej Hari Ibu masih berjalan lancar setiap hari pasti ada custmer yg amek pakej ini ~ purchase RM100 keatas dapat FREE Facial Aura Seri bernilai RM50.00 dan tempohnya akan berakhir pd 31hb Mei 2011. Empat hari yg lalu saya dikunjungi oleh pelanggan baru.. Menurutnya dia tau spa saya kerana sering makan di Mamak Store yg berhampiran dgn premis spa saya..Beliau seorang Lecturer di UIA dan juga merangkum Peguam Syariah..Sebenarnya dah lama dia nak datang ke Spa saya tapi terlalu sibuk dengan tugas , so asyik tertunda shj katanya.. Namun hari tu dia terpaksa juga hadirkan diri ke Spa saya kerana badannya dah tahan lagi menahan sakit2 badan .. Masalah yang dihadapinya tu sebenarnya sama dgn masalah2 yg dialami oleh ramai pelanggan saya yg lain...iaitu sakit2 badan , terasa macam menyucuk2 serta lenguh2. Biasanya mereka yg mengalami masalah sperti ini saya akan nasihatkan dia buat rawatan Body Scrub Garam , Pupur Massage Aromatherapy @ Aura Seri dan Bertungku Batu Panas satu badan. Body Scrub Garam Bukit selain dari menghaluskan kulit, membuang sel2 mati dan toksin dari dalam badan serta membekalkan mineral kpd kulit, ianya juga berfungsi sebagai anti cancer kulit. Selain dari itu ianya juga sangat bagus untuk menghilangkang bisa2 badan dan mampu mengeluarkankan energy yg tdak baik dlm tubuh kita,, Spa saya ada pelbagai jenis Scrub Garam Bukit sepert garam bukit & ginger > khas untuk buang angin, Scrub garam lavender untuk relaxing & anti stress , garam bukit serai wangi khas untuk menghilangkan kulit2 yg bermasalah seperti bekas2 jerawat, parut2 kudis dll. Seperti kes customer saya tadi sememangnya beliau mengalami masalah angin tersumbat dan semua urat2 nya menjadi tegang dan agak keras, sepanjang rawtan scrub dilakukan angin yg tersumbat berterusan keluar melalui sendawa dari hujung kaki hingga ke badan., Biasanya selesai shj rawatan scrub, saya akan minta pelanggan jirus badan selepas tu baru kita Massage pulak menggunakan minyak aromatherapy bersama Aura Seri..Massage ini sangat bagus untuk menghilangkan stress,, mencari urat 2yang bersmpuh, mengurangkan lenguh2 badan. Akhir sekali pelanggan akan menikmati rawatan yg terakhir iaitu kita Tuam Batu Panas keseluruh badan untuk melancarkan perjalanan darah dan angin yang banyak dlm badan..Air madu akan dihidangkan setiap kali berakhirnya rawatan agar pelanggan merasai kesegaran badan . Alhamdullah apabila semua rawatan di atas selesai dengan senyum beliau buat temujanji akan datang lagi buat pakej yg sama dua hari kemudian dan seterusnya utk pakej kali ketiga selang hari yg berikutnya. Sememangnya saya advise semua pelanggan yg mengalami masalah seperti ini digalakkan datang tiga kali untuk penyembuhan yang optima..Saya juga syorkan beliau mengamalkan makan madu iran dan jamu anggun bistari untuk kesihatan badan agar sentiasa sihat , cergas dan awet muda... kerana rawatan beliau RM100 lebih maka dia layak dapat Free RAWATAN FACIAL AURA SERI.
No.25A, Jalan Bandar Rawang 8, Bandar Rawang 48000 Selangor No H/p : 018-2993970 No Tel : 03-60937954
Wednesday, May 18, 2011
Saturday, May 14, 2011
PAKEJ HARI IBU MENDAPAT SAMBUTAN.....TQ
PROMOSI " HARI IBU" yang sedang saya tawarkan selama sebulan ni mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari semua pelanggan ,dimana mereka yang purchase RAWATAN RM100 keatas akan mendapat FREE Facial Aura Seri bernilai RM50.00. Kebanyakan drpd mereka mengambil Pakej ~ Massage Pupur Aromatherapy, Sauna Aromatherapy & Body Scrub Forest Scrub Bjumlah RM100.00 dpt Free FACIAL AURA SERI., Namun ada seorang lawyer berbangsa India mengambil Pakej Rawatan Resdong Kronik bernilai RM105.00 juga layak dpt Free facial Aura Seri. Dia juga adalah salah seorang pelanggan tetap sya sejak 7 tahun lalu,,tq semua . FACIAL AURA SERI ini adalah salah satu rawatan yg sangat popular di spa saya, so apabila dpt free sudah tentu ramai yg nak he.he.. Facial ini digemari oleh ramai pelanggan saya kerana ada extra massage shoulder dari bahu hingga ke kepala dengan menggunakan minyak aromaterapy dicampur dengan minyak Aura Seri.(yang dipanggil massage stress releiver)..Massage ini boleh mengurangkan tekanan atau stress yg kita hadapi, melancarkan perjalan darah dikepala, disamping memberikan kelegaan dan kecerian kpd pelanggan.. Anda semua dipelawa mencubanya ,, dah cuba pasti akan dtg lagi....
.
Wednesday, May 11, 2011
BAHANA RESDONG
Salam semua dah hampir seminggu saya tak sempat nak bergosip2 ha.ha, Apa Yang menariknya ingin saya perkatakan.dalam minggu ni bahawa majoriti yang dtg ke Spa saya terdiri 90% dtg buat rawatan resdong paruna. Biasanya yg datang adalah dah regular tapi dlm seminggu ni kebanyakannya adalah orang baru yang telah diperkenalkan oleh mereka yg dah biasa dtg ke spa saya dan telah menikmati keberkesanannya.. Memang kepakaran saya dalam bidang rawatan resdong dimana ianya seiring dengan permulaan career saya dlm biz spa ini.. Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar akan Bahana atau Bahayanya RESDONG kepada kehidupan harian kita.. Sedarkah anda sebenarnya resdong berpunca kerana ketidakstbilan sistem imun kita yg rapuh,,yang juga berpunca dari cara amalan pemakanan kita yg tidk seimbang dan yang menyebabkan darah jadi kotor disebabkan kekurangan zat vit c, dan mineral dalam badan.. dan ada juga dari hama habuk persekitaran yang kotor.. Diawal kehadiran resdong dalam tubuh kita memang tidak mendatangkan bahaya seperti kata pepatah melayu SEWAKTU KECHIL MENJADI KAWAN BILA BESAR MENJADI LAWAN. Dari kajian yg telah dilakukan kalau resdong ditahap yg kronik boleh menyebabkan mata kita rabun dan akhirnya buta.. Juga jika masih tdk diberikan rawatan samada dengan cara trdisonal atau doktor, ianya akan menjadi MUSUH DALAM SELIMUT iaitu boleh mengakibatkan KANSER RESDONG.. Nasihat saya amalkanlah pemakan yg seimbang . Untuk sokongan lgi agar masalah resdong dpt dikurangkan atau diatasi, biasanya saya akan syorkan semua pelanggan saya untuk mengamalkan minum madu dari timur tengah kerana ianya kaya dengan vit C dan pelbagai zat vit , minum air mineral dgn kuantiti yang mencukupi,dan amalkan makan suppliment sperti susu Higoat <susu kambing>dan suppliment yg banyak vit C . Jika penghidap resdong itu kronik adalah digalakan melakukan rawatan resdong sebulan sekali untuk mencegah dari merebak..hama yg ujud di muka kita itu sama sperti parasit hidup yg akan memakan rongga2 kita. Biasanya mereka yg resdong teruk apabila melakukan rawatan resdong yg kronik semua masalalah2 atau gangguan2 yg mereka hadapi akan hilang atau berkurangan dlm tempoh 24jam..
Saturday, May 7, 2011
"SELAMAT HARI IBU"
"SELAMAT HARI IBU" kpd semua pelanggan VIP saya..Semoga hari ibu tahun ini memberi seribu kebahagian dan Kecerian terutamnya kpd para ibu semua. Jasa & Pengorbanan mu "Ibu" tiada tandingannya. Semoga Allah Merahmati Semua para IBU walau di mana jua kita berada..Apa yang saya harap semoga kita semua menjadi ibu yang bertanggungjawab membimbing, mengajar dan memberi petunjuk yang betul kpd anak2 kita semua...Biarlah kita menjadi Idola kpd anak2 kita. Anak2 kita adalah harta kita, maka kita jagalah mereka sebaik2nya agar menjadi Generasi Bermaruah dan Berakhlak Mulia ..Amin amin... Sempena Hari Ibu ini Spa saya akan mengadakan pakej istimewa iaitu ssesiapa yang membuat pakej rawatan RM100 keatas akan mendapat free facial dalam tempoh sebulan selepas buat rawatan.bermula dari tarikh 7hb ~ 15hb mei 2011. Rebutlah peluang keemasan ini
Wednesday, May 4, 2011
kehidupan Harian
Kesibukan dengan tugas harian dan ditambah dengan tanggungjawab sebagai surirumah membuatkan ramai drpd kita terabai tentang Kesihatan dan Kecatinkan Diri sendiri terutamanya yang sudah mendirikan rumahtangga..Kebanyakan drpd kita hanya akan tersedar apabila badan atau tubuh dah ditimpa penyakit atau ganguan2 yang tidak yang tidak menyenangkan..Inilah liku2 perjalanan hidup yang kita lalui hari demi hari tanpa kita sedari diri sudah berusia. Inilah juga yang saya lalui setiap hari di awal pagi pastikan anak2 bangun dan bersolat dan bersarapan untuk pergi ke sekolah .. Selesai semua tu bergelut pulak didapor memasak untuk anak2 makan tgh dan malam.. Pukul 8.30 pagi biasanya kerje2 semua dah beres, kemudian persiapkan diri untuk menjalankan tugas di Spa.pulak..Kebiasaanya sebelum bertolak ke Spa saya akan mengerjakan Solat Dhuha agar mendapat dilimpahkan rezeki yg halal serta berkat. then barulah saya beredar dari rumah dan memulakan tugas di SPA seawal 10.40pagi dan akan berlanjutan hingga 7ptg . Di Spa saya inilah saya bertemu pelbagai masalah ragam manusia yang pastinya ada cite gembira, sedih dan duka,, Namun sebagai Terapis dan Beauticean dah menjadi tugas saya untuk membantu mrk menyelsaikan pelbagai masalah mereka spt kulit tdk sekata, masalah gangguan period, sakit2 badan, ada yang datang kerana masalah resdng , ada yg masalah kegemukan, masalah jerawat dan macam2., Tidak dpt nak dinafikan bahawa tugas saya selain untuk berniaga, tugas saya memerlukan keperihatinan dan fokus yang sangat tinggi agar apa jua rawatan atau perkhidmatan yg saya berikan kpd mereka dapat memberikan mendapat manfaat dan kepuasan kpd semua pelanggan saya. PELANGGAN SAYA ADALAH VIP SAYA. Namun seperti diawal cerita saya tadi kebnyakan yg dtg ke spa ialah mereka mengalami ketdak sedapan dan keselesaan pada tubuh badan..Yang Penting adlah Ketulusaan & Keikhlasan kita dalam menjalankan tugas yg telah Allah Amanahkan ~ Maha Suci Allah. Apa yang pasti pengorbanan kaum ibu sangat besar semoga kita semua mendapat Keberkatan & Keredhaan dari ALLAH kerana pengorbanan yang ikhlas akan membawa Kebahagian Hidup di Dunia & di AKHIRAT. Amin.
Tuesday, May 3, 2011
PAKEJ PERKAHWINAN BULAN MADU
Salam kasih sayang semua , sekarang saya nak bercite lagi , kali ini tentang PAKEJ PERKAHWINAN BULAN MADU. W/pun dah ramai yg dtg silih berganti buat rwtn ni , tapi kali ini menarik perhatian saya sbb orangnya sgt ceria dan sweet w/pun baru jumpa kali kedua namun kehadirannya sgt menghiburkan,. Tanpa disedari pakej rawatan yang dibuat sudah habis dipenghujungnya kerana keletahannya bertutur dan berbicara..Diawal kehadirannya dia nampak sangat letih dan stress kerana baru habis keje ,,dah nak hampir hari kawin pun masih keje bnyak dan hari2 tepaksa balik lewat..dan lagi katanya tinggal dua hari nak kawin baru sempat untuk membelai badan di spa...kesiannya dia,.Sambil bergurau saya menjawab takpe penat nnti dah kawin hilang semua kepenatan sbb da dapat abang di sebelah he..he..Biasanya klw pakej bln Madu ni kami mulakan dgn mandi wap aromatherapy selama 15 minit, selepas keluar mandi wap , kita akan scrub pelanggan dengan garam bukit forest secret aromatherapy di seleruh badan dgn cara scrub ala massage utk blood circulation dari hujung kaki hinga ke leher depan belakang, dah selesai scrub biasanya kami akan minta pelnggan siram badan..Pelangan saya ini memilih untuk mandi garam bukit & aura seri krn badannya terasa sakit2.. Naik dari mandi wajah beliau sgt ceria krn katanya badannya terasa sangat segar & nyaman dengan aroma aura yang sangat menenangkan..sesudah itu kita teruskan pula dengan rawatn massage pupur aromatherapy selama sejam yg mana urutan ini akan membuatkan pelanggan telena dengan muzik aromatherapy yg mengasyikkan...Akhir sekali adalah rawtan facial aura seri yang mana ianya akan membuatkan wajah pelanggan nampak bersinar dan berseri2. Selesai je buat pakej perkawianan tu dengan ceria dia memberitahu badannya terasa segar dan sakit2 badannya hilang dan juga badan terasa lbh ringan dan bersemangat..sebelum beliau pulang saya hidangkan beliau dengan segelas air madu iran. Menurutnya dia sgt berpuashati dengan pakej ini malahan katanya harganya yang RM190.00 tu sangat berbaloi dengan apa yang dia dapat.Itulah nilai satu kepuasan bagi saya apabila customer gembira dan puashati dengan service yg saya berikan...Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tasha Semoga Berkekelan Hingga Ke Anak Cucu ..AMIIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)